Followers

Wednesday, January 23, 2013

SOALAN-SOALAN TENTANG BEUTSKIN ESSENCE


Soalan-Soalan Lazim Mengenai Beutskin Essence

Tempoh keberkesanan penggunaan Beutskin Essence

Selepas 3 hari :
Menstabilkan fungsi hati dan buah pinggang, kadar peneutralan toksin dalam badan meningkat dengan nyata sekali, kekangan kapilari darah meningkat, hemoglobin meningkat dengan nyata, ketidakseimbangan ’qi’ dan darah dapat diperbaiki dan memulihkan daya.

Selepas 10 hari :
Keadaan fizikal bertambah baik, sebahagian toksin dalam hati, buah pinggang dan darah dapat disingkirkan, keupayaan anti-pengoksidaan dalam badan meningkat, kapilari darah menjadi lebih lembut, memulihkan dan meningkatkan kekenyalan dinding darah pada masa yang sama menyelaras fungsi ovari.

Selepas 30 hari :
Toksin pada organ dalaman badan dapat disingkirkan lalu dipenuhi dengan bekalan nutrien yang diperlukan, keupayaan baik-diri kulit dipulihkan dan ditingkatkan, fungsi peredaran mikro pada kulit diselaraskan secara efektif.

Selepas 60 hari :
Meningkatkan liang-diri kulit, keupayaan daya penahanan kulit meningkat, fungsi endokrin bertambah baik dan teratur, perubahan daripada kulit yang berwarna kuning gelap kepada kulit cerah berseri-seri.

Selepas 90 hari:
Lebihan lipofusin dan radikal bebas dalam badan disingkirkan, sel-sel menjadi aktif dan keanjalan kulit dipulihkan lalu mengembalikan wajah yang cantik dan kelihatan muda.

Penggunaan jangka masa panjang :
Metabolisme badan berada dalam keadaan peredaran yang baik, kulit menjadi lembut, licin, sihat, cerah, cantik dan sempurna.


Faktor-faktor mengapa wanita perlu mengambil Beutskin Essence

Selepas tempoh baligh, seorang wanita akan melangkah ke alam perkahwinan, keibuan dan menopaus.

Setiap hari, wanita moden perlu mengendalikan pelbagai tanggungjawab di antara kerjaya, keluarga dan masa peribadinya. Selain daripada berusaha dalam kerjayanya, mereka turut memainkan peranan sebagai seorang isteri dan ibu, prihatin terhadap pendidikan anak-anak serta pelbagai perkara remeh yang lain, lalu kerap mengabaikan perihal penjagaan kesihatan diri sendiri!

Akibatnya, kesihatan mereka semakin merosot dan muncullah pelbagai simptom. Contohnya, ketidaksamaan endokrin menyebabkan obesiti, gangguan haid (dismenorea, amenorea, haid tidak tetap), simpton klimakterik (insomnia, panas baran, pempigmenan atau kemunculan plak senil) dan masalah-masalah lain berkait kesihatan wanita.

Oleh itu, mencari produk yang dapat melegakan masalah kesihatan wanita merupakan perkara yang sangat penting!

BEUTSKIN ESSENCE yang diformulasi berasaskan 5 teori, di samping menggunakan seabuckthorn yang ajaib sebagai bahan utamanya merupakan berita baik untuk kaum hawa.

BEUTSKIN ESSENCE membekalkan sel kita dengan nutrien yang mencukupi untuk mengaktifkan sel, menyelaraskan sistem endokrin, mencegah dan melegakan ketakseimbangan hormon. Ia juga menentang radikal bebas demi mencegah kerosakan yang diakibatkan ancaman radikal bebas kepada sel badan dan meningkatkan sistem imun dengan menangkis serangan bakteria dan virus, serta membaiki keadaan penyakit genetik.

Kaum wanita, anda harus menjaga kesihatan anda, agar anda sihat walafiat dan mendapat menjaga kesejahteraan orang yang disayangi, serta menjalankan tanggungjawab anda sebagai seorang isteri, ibu dan wanita berkaliber dengan sepenuh hati. DAN YANG PALING PENTING CANTIK LG MENAWAN DGN KULIT YANG PUTIH MELEPAK.


Antara soalan-soalan lain mengenai Beutskin Essence


Bilakah masa terbaik untk mengambil BEUTSKIN EESENCE (BE)?
Ambil 2 kali sehari,2 biji setiap kali makan sebaik saja bangun tidur dan sekurangnya sejam sebelum makan pagi.2 biji malam sebelum tidur.Fungsi makan sebelum tidur ni adalah zat aktif produk dapat diserap sistem pencernaan tanpa gangguan dari makanan2 yang belum dihadam. Jangan lupa minum banyak air sepanjang hari untuk melancarkan pembuangan toksin dan membolehkan nutrien diserap secara optimum oleh sistem dalaman badan.

Kenapa perlu makan BE DAN SNE selepas bangun pagi dan sebelum tidur?
Pengambilan supplemen Beutskin Essence pada waktu ini adalah disebabkan waktu pagi merupakan waktu KEMUNCAK nutrisi dalam supplemen bertindak balas yakni semasa perut kosong.  Pengambilan pada waktu malam sebelum tidur pula merupakan waktu badan melakukan proses pemulihan/pembaikan sel badan dengan pantas. KONSISTENSI DAN PENYERAPAN PANTAS akan berlaku dengan lancar pada waktu-waktu tersebut.

Bolehkah Beutskin Essence diambil ketika haid atau hamil/mengandung?
Boleh diambil ketika haid, ia membantu mengurangi senggugut, melaraskan kitaran hormon (bagi mereka yang hanya sesekali datang haid dalam beberapa bulan) juga melambatkan monopouse. Tetapi wanita hamil DILARANG mengambil produk ini kerana kandungannya yang boleh 'membersihkan rahim' dan mengecutkan saluran peranakan.

Selepas bersalin/berpantang dan menyusukan bayi boleh ambil Beautskin Essence?
JAWAPAN :Boleh, tapi pengambilan dalam kadar minima sahaja sudah mencukupi, iaitu 1 pagi dan 1 malam. Ia membantu mempercepatkan proses pemulihan luka selepas bersalin, mengeluarkan sisa darah nifas, memperbaiki rahim pada kedudukan asal dan mengetatkan semula vagina selain menambahkan susu ibu dan memberi tenaga. Walau bagaimana pun, pada tempoh ini, sebaiknya anda mengamalkan BE dengan kapsul SNE juga, yang memain peranan penting membantu merawat/memulihkan bahagian dalaman badan serta mengembalikan kesihatan selepas bersalin secara keseluruhan selain memberi manfaat yang lebih banyak dalam penyusuan kepada bayi.

Lelaki boleh amalkan Beautskin Essence?
BOLEH! Ia membantu mengimbangi hormon kelelakian anda selain menjauhi kanser prostat, di mana dengan pengambilan BE ia mampu merencatkan kanser tersebut selain menguatkan sistem perkumuhan (buah pinggang) anda. Untuk LELAKI, amalkan juga kapsul SNE, ibu segala produk terbaik untuk anda..

Bolehkah Beutskin Essence diambil bersama supplement lain seperti kolagen, Vitamin-C atau ubat-ubatan doktor yang lain?
Boleh, tapi bergantung kepada kesesuaian. Contohnya, jika supplement lain itu juga perlu diambil sebelum sarapan, maka ia pasti menyukarkan anda kerana BE juga perlu diambil pada masa yang sama,kan? Pastikan anda jarakkan waktu pengambilan sekurang2 nya 1 jam sebelum mengambil produk lain.

Berapa lama perlu amal untuk melihat hasil kecerahan kulit?
Semua obses untuk miliki kulit cerah berseri. Tapi sebelum itu, anda perlu fahami dulu bagaimana Beutskin Essence (BE) berfungsi dalam beberapa tahap dalam lingkungan masa tertentu. Kita rawat dalaman dahulu ok?
  1. Penyerapan - 100% pati tumbuhan aktif yg diserap dengan pantas ke dalam sel-sel tubuh bagi mengaktifkan fungsi2 utama sel.
  2. Pemulihan - Pati tumbuhan aktif dlm BE bertindak terus pada nukleus sel untuk menghasilkan enzim2 autogenus bagi memulihkan kecergasan.
  3. Penjanaan semula - Pati tumbuhan aktif dalam BE membekalkan nutien2 yg mencukupi kepada sel dan membantu sel2 kulit kembali sihat.
  4. Pengkhususan - Pati tumbuhan aktif dalam BE mula mengenal pasti dan bertindak secara khusus pada sel2 yg rosak dalam tubuh dengan menambahkan kepekatan kolagen dan membaiki struktur serat2 elastik, membolehkan kekenyalan dan keanjalan kulit dipertingkatkan.
  5. Pembekalan semula - Pati tumbuhan dalam BE membekalkan semula tenaga dan tahap nutrien yg diperlukan oleh sel2 kulit.
  6. Kebolehpercayaan - BE mengandungi 100% pati tumbuhan aktif tanpa penggunaan sebarang hormon dan oleh itu, ia tidak akan menyebabkan alergi dan kebergantungan.
Jadi kesimpulannya, jika kesemua tahap ini sudah dicapai, kesihatan dalaman dipertingkatkan, struktur kulit akan dipulihkan seperti jerawat, parut, pori2 terbuka, jeragat, kekusaman hilang perlahan2, maka barulah terlahir kulit halus cerah berseri! Ini semua diperolehi dalam tempoh 3-6 bulan pengambilan secara konsisten.

Jika memberhentikan pengambilan, adakah kulit yang cerah/mulus kembali menjadi gelap dan kusam?
Dalam jangka panjang, sudah tentu ia terjadi, kerana tanpa zat2/nutrien mencukupi, kolagen semulajadi badan terbina dalam kadar perlahan dan merosot, selain pengumpulan toksin yang menghasilkan radikal bebas mempercepatkan lagi proses penuaan berlaku.


credit to LUNAVOCY

0 comments:

Post a Comment