Followers

Wednesday, January 23, 2013

Apakah SET ASAS atau SET LENGKAP SNE?








salam semua. hari ni LS nak bercerita sikit tentang apakah aset asas atau set lengkap sne, some of the info LS amek dari web LUNAVOCY. most of customer LS memg kebanyakn daripada mereka beli BE SAHAJA. kami bukan xsuka taw uols beli BE SAHAJA, cuma kami lebih sarankan customer kami ambil sekali dgn SNE dan Excel Tea. 

Of course, semua nak cantik kan, semua nak kulit mcam ADIRA haaa,, hee ^^
putih, halus mulus gebu. tapi kita perlu tau dan faham apakah PUNCA kenapa kita jadi tua sebelum usia, wajah berjerawat, kulit kusam, tona kulit tidak sekata, jeragat dan pigmentasi. Selain muka, kulit yang meliputi seluruh tubuh juga menjadi petunjuk penting tentang kesihatan seseorang.
  1. Kulit bertukar menjadi kuning : kemungkinan penyakit hati.
  2. Tapak tangan yang lembap dan hangat : kemungkinan tekanan dalaman yang berlebihan atau hipertiroidisme.
  3. Tapak tangan yang lembap dan sejuk : kemungkinan masalah kerisauan
  4. Kulit yang sangat kering : kemungkinan gangguan tiroid kronik
  5. Warna kulit yang gelap atau bertompok-tompok hitam : kemungkinan kekurangan rembesan adrenalin
  6. Rasa gatal yang taj tertahan : kemungkinan alergi atau wujudnya jangkitan parasit usus
  7. Kehadiran xantoma yang mengiringi mendapan lemak pada kulit : kemungkinan masalah metabolik hati dan kolestrol
  8. Kemunculan spider naevi (urat) pada tubuh dan anggota badan atas, terutamanya muka, lengan dan sebagainya: fungsi hati yang lembap
  9. Blackhead : berkaitan fungsi saluran pencernaan dan tabiat pemakanan
  10. Hiperpigmentasi kulit secara keseluruhan, kulit yang meliputi sendi kelihatan gelap : kemerosotan fungsi kortikal oleh kelenjar adrenal (hipofungsi adrenal)
  11. Kulit yang pucat dan kusan dengan penghasilan melanin yang berlebihan : dikaitkan dengan disfungsi endokrin.

Mengikut konsep gabungan sains perubatan moden dan teori perubatan China, tubuh badan manusia merupakan satu jasad organik keseluruhan. Apabila sesuatu bahagian daripadanya mengalami perubahan patologik, maka rawatan haruslah dibuat pada seluruh badan. SNE merupakan pati yang diekstrak daripada lebih 20 tumbuhan semulajadi untuk menampung keperluan zat badan manusia. Secara bahasa mudahnya, badan kita menjadi "rosak", sakit dan hilang keupayaan sebenar akibat kekurangan nutrien yang diperlukan oleh setiap sel badan, organ dan sistem badan berfungsi secara optimum dan ideal. Jadi, SNE membekalkan nutrien yang mencukupi untuk memenuhi keperluan badan kita. SNE ini memang superb produk namanya pon SUPER NUTRIENT ESSENCE atau pati zat makanan bertaraf tinggi kan? Setiap unsur dalam kapsul SNE telah disahkan sebagai makanan kesihatan berfungsi oleh pihak berkuasa kebangsaan. Sebagai contohnya, asid lemak tidak tepu menyeleraskan lemak darah, lesitin mengelakkan penyakit kardiovascular dan serebrovascular, pelawas mengelakkan masalah sembelit, vitamin kompleks dan unsur kompleks mengisi semula nutrien keperluan badan dan sebagainya. Pati semulajadi SNE menggabungkan semua nutrien di dalam satu kapsul. Anda nilaikan sendiri, mahal ke sekotak SNE untuk keperluan nutrien anda yang menyeluruh? Jika brand lain, anda perlukan vitamin A hingga Z, itu dan ini, berbotol-botol, tapi dengan SNE cukup dengan satu kapsul!

Bagaimana SNE membantu dalam pemeliharaan kecantikan wajah? 
SNE mengandungi pelbagai jenis kandungan pemeliharaan kulit seperti asid lemak bebas, karbonat, sitosterol, fosfolipid, VE, VA dan karotinoid yang disahkan berpuluh-puluh kali lebih berkesan jika dibandingkan dengan produk penjagaan kulit yang biasa. Asid lemak bebas yang terkandung dalam SNE mudah diserap oleh kulit, mengekalkan paras asid yang lemah pada kuly dan mengelakkan pertumbuhan kulat. Asid linoleik dan asid linolinik dalam SNE mempercepatkan kadar peryembuhan luka dan menyelaraskan hormon dalaman. Karbonat pula menghalang penyejatan kandungan air pada permukaan kulut, membekalkan zat makanan kepada kulit dan meningkatkan kesihatan kulit. Sitosterol memperbaiki peredaran darah kulit. Fosfolipid membentuk lapisan perlindungan yang mengelakkan sejatan air, mengelakkan ancaman bahan asing dan mempunyai kesan penyelarasan haba dan anti-oksida. Oleh itu, memakan dan menyapu pada bahagian muka dalam jangka masa panjang dapat mencantikkan kulit disamping menghilangkan bintik-bintik kulit dan kedut. Ia menjadikan kulit anda lebih berseri, anjal dan kelihatan lebih muda.

Bagaimana SNE harus digunakan untuk mendapat faedah yang optimum?
Pembungkusan SNE dalam kapsul lembut membolehkannya melarut sebaik sahaja ia memasuki perut manusia. Oleh sebab setiap kapsul SNE mengandungi unsur-unsur aktif, maka ia patut diambil bersama air yang bersuhu lebih rendah daripada 50 darjah celcius. Waktu yang sesuai untuk pengambilan SNE ialah pada 40 minit sebelum sarapan dan waktu sebelum tidur. Pengambilan SNE tidak mewajibkan sebarang pantang larang makanan mahupun berkonflik dengan ubat yang lain. Namun, demi memperoleh kesan SNE yang paling optimum, anda dinasihati menjarakkan masa pengambilan ubat lain selama 30 minit.

Ada side-effect?
Bukan side-effect, tapi tindak balas positif atau tindak balas penyelarasan mengikut perubatan Cina. Ia berlaku akibat daripada aktiviti pemulihan terhadap organ-organ yang telah berhenti berfungsi atau semasa penyingkiran toksik dalam badan. Tindak balas penyelarasan memnpunyai kesan detoksifikasi yang lebih kuat. Selepas menggunakan SNE, ia kan bertindak di dalam tubuh badan dan menghapuskan radikal-radikal bebas, virus dan bakteria yang wujud dalam tubuh badan, sebelum menyingkirkan toksik-toksik ini melalui kulit dan najis. Semasa pemusnahan bakteria dan detoksifikasi ini, sesetengah pesakit akan mengalami pelbagai jenis masalah termasuk tidur berlebihan, kekurangan tidur, penambahan pembuangan najis, warna air kencing menjadi gelap atau gatal-gatal kulit. Kesemua ini adalah tindak balas yang baik. Namun, keadaan tindak balas ini tidak lama. Biasanya tindak balas penyelarasan akan berlaku dalam temph 1-6 hari selepas mengambil produk ini dan akan hilang dalam tempoh seminggu. Jangka masa tindak balas berbeza antara individu. Sesetengah orang akan mengalami tindak balas sehingga penyakitnya sembuh. Sekiranya tindak balas penyelasan ini bertambah tenat, anda boleh menyelaraskan dos. Anda juga perlu meminum air yang banyak setiap hari, tetapi jangan sesekali berhenti mengambil SNE.

Excel Tea untuk apa? 

Excel Tea SNE ni tersangat-sangat lah best. Tak sama macam detox tea yang lain. Tea ni takkan membuat perut kita memulas dan cirit-birit. Yang ada masalah sembelit atau pembuangan air besar tak lawas tu, memang masalah anda akan berakhir. Hari-hari confirm akan membuang. Badan rasa ringan dan perut akan semakin kempis. Perlu diingatkan, setiap hari badan kita mengumpul toksin. Toksin ni boleh didapati dari makanan, udara, air, asap dan sebagainya. Pengambilan Excel Tea bersama produk SNE yang lain seperti Kapsul SNE, akan mempercepatkan proses penyingkiran toksin melalui pembuangan air besar. boleh diminum suam-suam. :) Apabila darah kita dah bersih, SNE yang kita makan akan mudah diserap dan penyerapan menjadi 100%. Rugi lah kan kalau hanya 60% yang diserap. PERUT PON MAKIN SLIM :D


credit to LUNAVOCY

0 comments:

Post a Comment